MAJLIS PERASMIAN PAMERAN TAHUNAN KE-21 APK 2011 -15/10/2011
PAMERAN AKAN BERLANGSUNG DARI 15 OKT – 30 NOV 2011.
PAMERAN AKAN BERLANGSUNG DARI 15 OKT – 30 NOV 2011.
Mesyuarat sesi 1 : AJK – APK bersama En. Badri Sham mengenai Pameran Terbuka Kedah 2011.
Mesyuarat sesi 2 : AJK – APK mengenai Pameran MCAT peringkat negeri kedah bersama APK serta Pameran Terbuka Kedah 2011.
TERKINI
PAMERAN TAHUNAN ANGKATAN PELUKIS KEDAH 2011 (TEMA BEBAS)
Tarikh Akhir Penghantaran Karya sehingga 25hb Julai 2011. ….jika mempunyai masalah penghantaran karya anda, sila email : apkgallery@gmail.com ATAU
Sebarang maklumat atau pertanyaan hubungi
Tn Hj Judin Ahmad (Yang Dipertua Angkatan Pelukis Kedah): 019 5796930
Ramli B Samsuri (Setiausaha) : 019442 9886
Badri Sham (Pegawai Balai Seni Negeri Kedah): 012 6276139
TEMA : BEBAS , PIHAK APK MENDAPAT MAKLUMBALAS DARI PARA PENGKARYA MENGENAI TEMA, TEMA ADALAH BEBAS TETAPI MENGENAI KEDAH DIALU-ALUKAN.
Klik untuk muat turun borang dan syarat
PENDAHULUAN
Angkatan Pelukis Kedah dengan kerjasama Muzium Negeri Kedah akan mengadakan pameran seni visual pada tahun ini bersempena Pameran Tahunan APK bertempat di Balai Seni Negeri Kedah.
Kepelbagaian media serta bentuk boleh disertai oleh para pelukis dengan mengenengahkan karya-karya secara bebas untuk Pameran ini seperti arca, cetakan dan pelbagai media kontemporari dan tidak terhad kepada aspek 2 dimensi sahaja.
Objektif: Memberi ruang dan peluang pelukis-pelukis menterjemahkan karya visual dengan gaya tersendiri / Mencungkil bakat bakat baru di kalangan para artis seni visual
Tema : Bebas
Tarikh akhir penghantaran : 25 Julai 2011 ( sebelum jam 5.00 petang di Balai Seni Kedah )
Tarikh pameran : akan diumumkan
Syarat-syarat penyertaan
- Terbuka kepada semua individu yang berminat dan semua ahli Angkatan Pelukis Kedah
- Karya hendaklah terkini dan tidak pernah menyertai mana-mana pameran .
- Karya seni hendaklah berukuran minima 2 x 2 kaki dan maksima 5 kaki x 5 kaki.
- Setiap karya hendaklah dilekatkan dengan label pameran yang dilampirkan.
- Pelukis boleh menghantar 2 karya sahaja.
- Pelukis hendaklah mengisi maklumat diri (Borang Penyertaan) yang diserahkan kepada urusetia sebelum menghantar karya ke Balai Seni.
- Setiap penyertaan dikenakan sebanyak RM20 dan hendaklah dibayar secara tunai atau cek / money order atas nama Angkatan Pelukis Kedah.
- Bagi karya yang terjual, komisyen sebanyak 15% kepada Angkatan Pelukis Kedah.
- Pengambilan karya visual hendaklah 2 minggu selepas tamat pameran.
Pelukis boleh menghantar sendiri atau menghantar melalui pos kepada alamat
Pameran Terbuka Kedah 2011
Angkatan Pelukis Kedah Balai Seni Negeri Kedah
Medan Bandar 05000 Alor Setar Kedah
No tel : 04 7325 752 No Faks : 04 7305 309
Sebarang maklumat atau pertanyaan hubungi
Tn Hj Judin Ahmad (Yang Dipertua Angkatan Pelukis Kedah): 019 5796930
Ramli B Samsuri (Setiausaha) : 019442 9886
Badri Sham (Pegawai Balai Seni Negeri Kedah): 012 6276139